Nasihat dari Teman
https://catatancintaabadi.blogspot.com/2012/02/nasihat-dari-teman.html
Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah
orang yang paling Bertaqwa.
Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling Sempurna.
Hakikatnya
dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya juga.
Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga.
Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana
risaukan nyala api neraka.
Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA. Bersangka baiklah, dia sebenarnya mau memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama!.
